Hagia Sophia basilica, in the former Constantinople

Selamat hari raya aidil adha pada semua umat islam malaysia dan dunia.
Hari ni aku pergi sembahyang raya aidil adha di masjed al azeem pandan indah. Cantik masjidnya.
Ada beberapa yg agak menyedihkan hari ini.
1. Tk leh balik kampung
2. Adik2 langsung tak ambik berat nk pergi sembahyanh raya
3. Tidak ramai org islam warganegara malaysia pergi sembahyang. Mungkin balik kg.
4. Khutbah raya yg sgt pelik. Rasanya teks ucapan di siapkan oleh kerajaan selangor.

Menyentuh perkara 2
Aku sedih adik2 aku sendiri tidak hormat langsung hari raya. Pukul 9 masih tidor dan langsung tak ambik pot nk siap g sembahyang.
Nampaknya aku gagal menjalankan tugas sebagai seorang islam lain untuk mengajak dan membimbing seorg islam lain mengagungkan Allah swt. Aku berazam ini tk akan jadi pada anak2 aku. Insya Allah..
Mungkin sistem sekolah patut diperbaiki dgn mengadakan lebih kelas fiqah dan tauhid waktu lepas sekolah mcm aku dulu. Sekrg sekolah langsung tiada aktiviti keagamaan. Dgn cara ini mungkin dpt membina sifat persudaraan antara islam dan anak2 lebih lembut sifatnya. Skrg ramai adik2 kita yg kurang ajar dan langsung tiada perasaan hormat antara manusia lain. Mahupun antara islam ataupun kaum lain di malaysia.

Menyentuh perkara 4
Mula aku dengar khutbah ok. Lepas tu imam menyentuh keadaan sekarang di malaysia pasal kurang kekuatan iman antara kita. Mmg benar. Kemudian imam menyebut mengenai hal malaysia yg kurang senang aku dengar sbb seperti menyalahkan pemerintah skrg. Ok. Mayb aku yg paranoid dan omputih ckp ‘bias’ ngan kerajaan.
Pas tu imam lagi sekali sentuh cara kerajaan, aku masih rasa aku paranoid sendiri.
Dan kali ke 4 iman menyentuh mengenai laporan audit negara?? Ringkasannya kerajaan telah membayar membazirkan 1 juta lebih untuk membayar rancangan hiburan k-pop. Doi! Lantas aku begitu juga mengangkat kaki dan balik.
Apa ni? Org nk dengar khutbah raya.. Perdengar dan membesarkan keagungan Allah swt. Dalil2 dan kisah2 perhambaan nabi dan pengorbanan yg dilakukan dulu. Untuk menyedarkan kita untuk lebih taat pada suruhanNya. Ini lain plak dikhutbahkan. Perihal berbaur politik plak. Teruk la mcm ni masjid di salahgunakan… Apa nk jadi…
Masjid. Masjid la. Politik jgn dok cucuk sikit2 masuk dlm teks khutbah bang imam… Doi…
Pikir2 kan lah