dunsungaiachehpaspkrlawan2
dun sungai acheh pas pkr drama

Lewat malam Selasa lalu, Naib Presiden PKR merangkap pemangku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengumumkan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai che’GuBard sebagai calon di DUN Sungai Acheh.

Setelah pengumuman itu.. pada sebelah petang hari Rabu seorang sahabat melaporkan yang Pesuruhaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man telah didesak untuk segera mengumumkan Yusni Mat Piah sebagai calon bagi kawasan DUN Sungai Acheh.

Desakan itu menurut sahabat itu disuarakan oleh beberapa pemimpin sayap pemuda parti semasa berlangsungnya satu mesyuarat negeri, dan ianya didedahkan oleh seorang pemimpin tinggi PAS Kawasan Permatang Pauh.

“Di (DUN) Pinang Tunggal pun tak naik nama Yusni. Pemuda PAS desak sebab Ketua Pemuda mereka tiada kerusi lagi,” ujar sumber menerusi telefon.

Mereka berkata pemuda tidak kisah berlaku pertandingan tiga penjuru di Sungai Acheh memandangkan DUN itu dianggap ‘kerusi tradisi PAS’.

Dan pada sebelah malamnya.. muncul laporan yang membuatkan aku sakit hati.. kerana jelas tiada koordinasi antara pimpinan atasan dalam Pakatan Rakyat dalam hal pembahagian Kerusi di negeri ini..

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man baru mengumumkan Ketua Pemudanya, Yusni Mat Piah sebagai calon bagi kawasan DUN Sungai Acheh.

sumber anak sungai derhaka..

1mk – pikir2 kan lah saudara2 ku.. camno ni nak memerintah, belum apa2 lagi dah porak peranda..
kalau dah menang nnt semestinya lebih kecoh dibuatnya. keadaan masa tu lagi tegang, untuk menentukan ketua.. dui..