perbentangan manifesto oleh kerajaan barisan nasional atau bn/mca/mic pada 6 april 2013 jam 8.30pm tv3 secara langsung.

tapi untuk aku ada sedikit perkara yg aku fikirkan kerajaan perlu pertimbangkan atau yg aku nk lihat kerajaan sekarang usahakan untuk kemakmuran rakyat semua (random order).

  1. Elektrik dan Air – SETIAP rakyat dapat, aku ulang SETIAP rakyat.. – bagi aku sesuatu yg mengarut jika pada zaman moden dan dlm keadaan negara malaysia yg maju jay ini, masih ada yg keluar berita/suratkhabar/tv mengatakan mereka tidak mendapat bekalan sempurna??
  2. Rumah – SETIAP keluarga mahupun negeri pembangkang ataupun tidak, semua keluarga mesti di beri/di sediakan rumah kediaman yg sempurna. bukan macam rumah yg kekadang aku tgk kat tv (selalunya belah kelantan… hmm.. ) keadaan rumah agak menyedihkan. Sedangkan aku di kuala lumpur hidup aman damai dalam rumah batu dgn keluarga. aku yg berkeluarga amatlah sedih melihat perkara yg ‘berat sebelah’ ini. Kat bandar macam2, di pendalaman atau kampung ader, tapi sikit sgt. tolong lah kerajaan taburkan kemewahan kita serata malaysia lebih sekata. tapi mungkin geng najib tgh usahakan.. harap cepat sikit..🙂
  3. Media – perlu diberi ruang sedikit (hihi🙂 sedikit jer..) pada pembangkang. untuk mereka membuat atau membuahkan pendapat secara positif dan yg sama2 membantu negara dan kerajaan kita. mereka secara tak langsung mengimbangi tingkah laku kerajaan (ini yg sepatutnya tugas pembangkang). bukan jadi ‘pembangkang dari longkang’. ini hancur negara jadinya… (nampaknya anwar berjaya main kepala otak aku tuk benda ni..) tapi itu hakikat, tv malaysia sekarang tiada langsung ruang untuk pembangkang..
  4. Kaum2 lain – ruang yg lebih lagi pada mereka untuk menonjolkan sokongan kepada negara mereka malaysia dan kerajaan amnya. dgn ini mereka lebih berinteraksi dengan semua rakyat dan tidak merasa di pinggirkan seperti hindraf ka.. dan mengurangkan perasaan perkauman. 1malaysia nampaknya berjaya serba sedikit menyatukan semula rakyuat malaysia.. tahniah kerajaan najib untuk inisetif ini.. tapi masih ada ruang perlu diperbaiki untuk kembali zaman aku kecik dulu yg tidak mengira kaum apa anda, semua bersatu..
  5. Rasuah – lebih byk perlu di kesan dan dibenteras. kita islam wajib memeranginya.. harapan 1mk, SPRM lebih aktif, tahniah SPRM dgn gerak kerja sekarang, byk kita dengar yg dikesan dan di hadap ke mahkamah.
  6. Education – Yuran sekolah bagi peringkat rendah dan menengah percuma. aku ingin melihat kerajaan kita mewujudkan kelas2 agama di masjid seluruh malaysia sesi pagi atau petang Percuma. ada byk pembaharuan kat sekolah anak aku skrg, dan keadaan lebih baik skrg. kelas agama anak pun lebih, ini bagus. tapi melihatkan kejatuhan akhlak umat islam malaysia semakin menjadi2, maka mungkin boleh membayar elaun kepada ustaz2 tahfiz ataupun pelajar tahfiz yg dikira layak untuk menjadi tenaga pengajar (part time tutor katanya) so diaorg juga secara tak langsung bersosial lebih sikit.
  7. PTPTN – tak perlu dimansuhkan, cuma di minimumkan pembayaran balik. dan lebih baik menggunakan pinjaman berlandaskan islamic finance. yg mana tidak pledge to BNM’s blr.
  8. Harga kereta – tidak dinafikan harga kereta malaysia adalah berpatutan berbanding dgn nilai matawang kita dan juga harga serantau asia. tapi mungkin kerajaan boleh cuba merendahkan kadar cukai agar harga kereta dpat dikurangkan. namun aku pasti kerajaan skrg telah mengenalpasti cara untuk megawal dan membantu rakyat dlm fenomena ‘harga kereta malaysia’ tinggi, apabila baru2 ia telah direalitikan untuk kereta jepun dan australia. harap suatu hari nnt anak2 kita akan merasa kejayaan yg kita usahakan untuk meghirup udara kereta ferarri ‘baru bukak plastik’. aku tak rasa pun tak pa..:)
  9. Mahkamah – mahkamah syariah dapat bersaing mahkamah sivil. semoga kerajaan mempercepatkan sistem hukum hudud islam (anda perlu fahami hudud dan sistem hudud ok..). sememangnya ia adalah sistem perundangan al-quran dan kita islam, tiada sebarang alasan, wajib guna pakai. dan aku yakin ia penghapus masalah jenayah malaysia pendeknya dan dunia umumnya. aku YAKIN! harapan ini bukan lah mudah di realitikan buat masa ini. tapi kerajaan wajib memulakan dan mewawarkan apa tindakan yg sedang berlangsung dibelakang tabir. aku percaya kerajaan sedang berusaha merialisasikannya (suatu hari nanti) tapi kena la cepat sikit.. sebab tiada infomasi kertas kerja hukum hudud oleh kerajaan, perkara ini menjadi batu loncatan kepada sudara islam kita yg ‘lain’ menganggap kita kafir dan berdosa?.  aku menganggap kerajaan tidak berani mewawarkannya kot, kerana takut mca mic angkat kaki..

akan bersambung…