Saifuddin
Politik lucah taktik terakhir Umno lawan Pakatan Rakyat – Saifuddin

PETALING JAYA 26 MAC: Penyebaran video seks fitnah melibatkan pimpinan KEADILAN taktik terakhir Umno BN berdepan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, taktik kotor itu terpaksa digunakan kerana Umno BN kehabisan ‘umpan’ untuk mengalahkan kekuatan Pakatan Rakyat.

“Umno BN takkan pernah berhenti (sebar fitnah). Mereka tidak mampu lawan dari segi dasar (?  iyolah..), tawaran dan rekod pemerintahan. Mereka hanya boleh bergerak di atas penguasaan media perdana untuk membina persepsi hodoh rakyat terhadap pemimpin KEADILAN dengan menerbit video jijik dan tidak bermaruah.

“Ajak debat tak nak, kita (Pakatan) buat manifesto, dia (Umno BN) tak buat. Kita lancar manifesto, dia lancar video,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini. Penuh..

Persoalannya – Papagomo ni akbar kerajaan ker? blogger kerajaan ker? adakah dia dibayar oleh kerjaan? ini kerja kerajaan ker?
Bagi 1mk,  untuk menjawab atau menangkis tuduhan2 yg dilemparkan kepadanya alasan yg lemah oleh pembangkang atau any individu in the world especially org yg pangkat tinggi dan sepatutnya terror menangani masalah. seperti muhyiddin yassin cakap ‘bn ni punching bag’.

Lawan cara politician yg professional, secara professional, jgn jadi macam kami (bloggers) yg tak pandai selok belok politik yg di suap dgn maklumat yg belum pasti benar.

Bagi 1mk, patut pr lebih rasional dan bersabar since video belum dapat dibuktikan kesahihannya.. kenapa melenting tetiba?